BUAH PINGGANGHEALTH & FITNESS

6000 Pesakit Buah Pinggang Baharu Setiap Tahun

6000 Pesakit Buah Pinggang Baharu Setiap Tahun

6000 Pesakit Buah Pinggang Baharu Setiap Tahun | BALIK PULAU: Jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah buah pinggang semakin meningkat, iaitu 6,000 kes baharu dicatatkan setiap tahun.

6000 Pesakit Buah Pinggang Baharu Setiap Tahun master latif com md latiff

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pihaknya menganggarkan pesakit buah pinggang daripada tahap 1 hingga tahap 5 pada masa ini mencecah 400,000 orang.

Menurutnya, 40,000 daripada jumlah itu pula merupakan pesakit penyakit buah pinggang tahap 5 dan memerlukan rawatan dialisis.

“Setiap tahun, sebanyak 6,000 hingga 7,000 kes baharu pesakit buah pinggang melibatkan rakyat negara dikesan, akibat daripada amalan gaya hidup dan pengambilan makanan kurang sihat,” katanya selepas program “I Want Sihat” anjuran Pejabat Kesihatan Balik Pulau, hari ini.

Katanya, setiap tahun, kerajaan memperuntukkan tidak kurang daripada RM1.6 bilion bagi membiayai kos rawatan pesakit buah pinggang tahap 5 di Malaysia.

Dr Hilmi berkata, kos rawatan bagi pesakit buah pinggang boleh mencecah sehingga RM40,000 seorang bagi tempoh setahun.

Justeru, kementeriannya sedang memberi fokus kepada langkah pencegahan bagi menangani masalah buah pinggang serta pelbagai penyakit berbahaya lain dengan menjalankan pelbagai kempen kesedaran kepada orang ramai.

Katanya, orang ramai digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan seharian bagi mengelak daripada menghidapi penyakit berbahaya itu.

“Setiap orang harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelak obesiti dan kencing manis dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjoging dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat,” katanya.

BACA : Kempen Selamatkan Buah Pinggang Sebelum Rosak Total

Like | Comment | Share | Subscribe

 

10 Tanda Awal Anda Mungkin Mengidap Sakit Buah Pinggang master latif com md latiff
MD. LATIFF
Persatuan Kebajikan Pesakit Buah Pinggang, Telok Panglima Garang.

Contact us : 018-4024608
| masterlatif.com/whatsapp
| masterlatif.com/telegram

Source
6 000 Pesakit Buah Pinggang Baharu Setiap Tahun
Tags
Show More

MASTER LATIF

Pemasar online semenjak 2007. Pakar buat blog/website, produk digital dan pakar edit video (teaser, corporate). Aktif memberi khidmat konsultansi berkaitan kesihatan dan nutrisi semenjak 2013. Terlibat membantu lebih 3000 orang peserta untuk kurus dari rumah (online coaching) semenjak 2015. Sumbangan kepada masyarakat : 1. Sponsor coaching untuk buat blog/website bernilai RM500 (terhad untuk 2000 orang sahaja). 2. Sponsor coaching kurus dari rumah bernilai RM250 (untuk 30orang setiap bulan). Kedua-dua program masih dijalankan. Sila contact jika berminat.

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close