AYAT RUQYAH

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Ayat Ruqyah Syariah’

[vc_row][vc_column width=”2/3″][vc_column_text]

Apakah Ruqyah Syariah

Sebut sahaja ruqyah, kebanyakan dari kita akan terlintas akan sihir dan jin.

Mengubati sihir dan mengatasi masalah gangguan jin adalah salah satu manfaat ruqyah.

Akan tetapi ruqyah juga boleh digunakan untuk mengubati masalah lain seperti sengatan haiwan berbisa dan sebagainya.

Cuma, dalam budaya masyarakat kita.. ruqyah biasanya dikiatkan dalam penawar sihir dan gangguan jin.

Definisi Ruqyah

Maksud ruqyah secara etimologi syariah merupakan doa dan bacaan-bacaan yang mengandungi permintaan meminta pertolongan serta perlindungan kepada Allah s.w.t.

Doa ini samada bertujuan untuk mencegah atau mengubati sesuatu penyakit.

Kadangkala doa dan bacaan ini disetai tiupan dari mulut ke kedua tapak tangan atau anggota orang yang meruqyah atau diruqyah.

Ruqyah yang utama merupakan doa dan bacaan dari sumber al-Quran dan Sunnah.

2 Jenis Ruqyah

Ruqyah berasal dari perkataan arab yang bermaksud ‘jampi’.

Dalam Islam, ada 2 jenis ruqyah iaitu ruqyah syariah (shar’ie) dan ruqyah syirkiyah (syirik).

Ruqyah syariah adalah ruqyah yang benar dan mengikut syariat Islam iaitu dengan membacakan ayat-ayat al-Quran.

Surah al-Fatihah juga boleh dianggap ruqyah.
Memohon perlindungan Allah, berdoa atau zikir dengan maksud meminta kesembuhan.

Ruqyah Syirkiyah pula adalah yang kebiasaannya di lakukan oleh bukan perawat Islam. Secara umum dalam masyarakat ia dipanggil jampi atau mantra.

Jadi, ruqyah syariah adalah walaupun perkataan asalnya bermaksud jampi tapi ia sebenarnya adalah doa dan ayat al-Quran memohon perlindungan dan bantuan dari Allah serta masih berpandukan Sunnah.

Di bawah ini adalah bacaan penuh ruqyah syariah.

Anda boleh dengarkan secara online atau boleh download secara terus dari youtube saya : https://youtube.com/masterlatif

Atau anda boleh download secara percuma dalam format mp3 di melalui link di bawah ini :

Download Bacaan Ayat Ruqyah Secara PERCUMA Di Sini[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″][/vc_column][/vc_row]

Tags
Show More

MASTER LATIF

Pemasar online semenjak 2007. Pakar buat blog/website, produk digital dan pakar edit video (teaser, corporate). Aktif memberi khidmat konsultansi berkaitan kesihatan dan nutrisi semenjak 2013. Terlibat membantu lebih 3000 orang peserta untuk kurus dari rumah (online coaching) semenjak 2015. Sumbangan kepada masyarakat : 1. Sponsor coaching untuk buat blog/website bernilai RM500 (terhad untuk 2000 orang sahaja). 2. Sponsor coaching kurus dari rumah bernilai RM250 (untuk 30orang setiap bulan). Kedua-dua program masih dijalankan. Sila contact jika berminat.

Related Articles

Check Also

Close
Close