BERITA & VIRALHEALTH & FITNESSINFONUTRISI & VITAMIN

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul ?

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul ?

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul | Sejak kebelakangan ni, banyak post berkaitan diet mengikut jenis darah diviralkan.

Diet Ikut Jenis Darah Boleh Adakah Betul master latif com md latiff

Pertanyaan ini mula dikeluarkan dalam group coaching Kurus Dari Rumah. Dan dah pun memberikan pandangan saya secara neutral.

Untuk turun berat badan, formula utama yang berkesan dan digunapakai oleh seluruh dunia malah wujud sebagai asas dalam semua diet turun naik berat badan adalah pengawalan kalori.

Samada Atkins, Vegan, Paleo dan apa juga jenis diet, untuk turun berat adalah dengan melakukan defisit kalori.

Cuma, setiap diet yang wujud adalah customization.

Setiap bulan, saya coaching peserta untuk turun berat badan seramai 70 orang. Dalam ramai-ramai, akan ada sorang dua yang gemar mencuba apa yang diviralkan di internet.

Kali ni, diet ikut jenis darah.

Sebagai coach yang membantu peserta untuk KurusDariRumah, agak mencabar untuk membantu seorang dua peserta yang mahu berpegang kepada diet jenis darah kerana mereka menjadikan pilihan makanan terlalu terhad.

Kalau dah ayam, ikan, daging taknak.. hanya telur je sumber protein, sangat kesian..

Di bawah ini adalah contoh diet jenis darah yang dikatakan boleh menguruskan badan.

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul master latif com md latiff

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul master latif com md latiff

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul master latif com md latiff

Diet Ikut Jenis Darah Adakah Betul master latif com md latiff

 

Diet jenis darah bermula dengan ‘Eat Right for Your Type’

Ia salah satu buku yang laris terjual oleh ‘New York Times’. Diterjemahkan kepada 52 bahasa dan terjual sebanyak 7 juta salinan.

Ramai yang mengamalkan diet tersebut dan terpengaruh dengan penulisannya. Buku inilah yang menjadi punca kenapa wujudnya diet yang berasaskan jenis darah ini.

Siapakah penulis buku ini?

Penulis buku ini adalah Peter J. D’Adamo. Beliau merupakan salah seorang pengamal Naturopathy iaitu mereka yang mengamalkan penggunaan ubat yang berasaskan sumber semulajadi.

Diet berasaskan jenis darah ini menjadi meluas apabila bukunya terjual dengan banyak di merata negara. Perlu diketahui bahawa beliau bukanlah seorang pakar pemakanan ataupun doktor perubatan.

eat right for you type Diet ikut Jenis Darah Adakah Betul master latif com md latiff
Buku ‘Eat Right for Your Type’

Diet yang disyorkan dalam buku tersebut

Dalam buku ini ia menyatakan terdapat 4 jenis diet  yang berasaskan 4 jenis darah manusia.

Sekiranya mereka mengikuti cara pemakanan tersebut, mereka dapat mengelakkan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit sendi dan sebagainya.

Jenis diet tersebut adalah:

Darah jenis A: Adalah petani.

Mereka yang berdarah A perlu makan makanan yang mempunyai sayuran dan tumbuhan yang banyak. Daging tidak diperbolehkan untuk diet jenis ini. Ianya seperti seorang yang mengamalkan permakanan ‘vegetarian’

 

Darah jenis B: Orang yang hidup berpindah randah (Nomad).

Mereka boleh makan sayur-sayuran, tumbuh-tumbuhan dan juga daging serta susu dan hasil tenusu. Tetapi mereka perlu mengelakkan kekacang, jagung, tomato, gandum dan beberapa makanan yang lain.

 

Darah jenis AB: Seseorang yang susah difahami (enigma).

Ini kerana ia campuran darah jenis A dan B. Mereka dinasihatkan untuk makan makanan laut, tahu, susu dan kekacang. Tetapi mereka perlu mengelakkan kacang merah, jagung, daging dan ayam.

 

Darah jenis O: Pemburu.

Mereka yang berdarah O sepatutnya mengambil makanan yang tinggi dengan protein seperti daging, ikan, ayam dan sayur-sayuran. Kena elakkan gandum dan produk tenusu.

Diet ikut Jenis Darah Adakah Betul master latif com md latiff

 

Apakah asas kepada diet jenis darah ini?

Kepercayaan diet ini berasaskan jenis darah ini wujud kerana Peter J. D’Adamo percaya bahawa setiap orang yang mempunyai jenis darah yang berbeza menguraikan kompaun ‘lectin’ dengan cara yang berbeza.

Kompaun lectin adalah kompaun yang banyak dijumpai dalam beberapa jenis makanan.

Ada juga yang mengatakan bahawa darah merah boleh bergumpal dan menyebabkan penyakit kronik jika diet tersebut tidak diikuti.

Hipotesis itu juga wujud kerana mereka mempercayai jenis darah itu mengambarkan tahapan evolusi.

Berdasarkan teori diet jenis darah, darah jenis O dikatakan sebagai jenis darah yang mula wujud daripada nenek moyang kita.

Oleh itu, sepatutnya diet mereka perlu mempunyai protein haiwan yang tinggi kerana dalam era tersebut mereka banyak memburu.

 

Dalam kumpulan darah jenis A pula, ia perlu menyerupai permakanan vegetarian. Kerana manusia pada ketika itu sudah mula menetap dan bertani.

Mereka pada ketika itu telah berevolusi menjadi masyarakat yang bertani dan lebih mengambil makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

 

Mengikut rasional yang sama, mereka yang mempunyai darah jenis B akan menerima faedah dengan mengambil makanan yang berasaskan produk tenusu kerana mereka dipercaya sebagai kaum yang berpindah randah sambil membawa haiwan ternakan mereka.

 

Kumpulan AB pula dipercayai akan mendapat feadah daripada diet diantara kumpulan darah A dan B.

 

Kajian berkenaan diet yang berasaskan jenis darah (blood type diet)

Disebabkan penjualan buku Peter D’ Adamo yang meluas, saintis terpaksa melakukan kajian untuk melihat kebenaran perkara tersebut walaupun Peter D’ Adamo sendiri tidak pernah membuktikan perkara tersebut.

Pada tahun 2013, kajian berkenaan ‘blood-type diet’ ini dilakukan dengan mengumpulkan sebanyak 1413 journal yang berkaitan.

Kajian tersebut mendapati tiada lagi wujud bukti bahawa pengamalan diet yang berasaskan jenis darah memberi kesan kepada kesihatan.

Kajian ini diterbitkan dalam journal ‘The American Journal of Clinical Nutrition’.

Tahun hadapannya pula, satu lagi kajian telah dijalankan pada 1455 orang subjek berkaitan dengan permakanan dan juga jenis darah mereka.

Didapati diet tersebut tidak mempunyai kaitan untuk mengurangkan risiko penyakit kronik di antara satu sama lain.

 

Kesimpulan

Amalan diet mengikut jenis darah sudah dibuktikan bahawa ia tidak mempengaruhi kesihatan seseorang.

Untuk menurunkan berat badan berlebihan secara sihat, seseorang perlu melakukan defisit kalori.

Defisit kalori boleh dicapai dengan mengawal jumlah kalori masuk dan pembakaran kalori berlebihan / simpanan melalui aktiviti fizikal seperti senaman.

Bagi membolehkan tahap kesihatan meningkat, amalkan pemakanan secara sederhana dan pemakanan sihat.

Kepercayaan terhadap diet berasaskan jenis darah belum lagi dapat dibuktikan dan perlu diberhentikan untuk mengelakkan kekeliruan dan pengamalan diet yang salah.

Kerana ia membuatkan ramai orang semakin menghalang diri untuk mengamalkan pemakanan secara seimbang.

Rujukan:
1. Leila Cusack, Emmy De Buck, Veerle Compernolle, and Philippe Vandekerckhove. Blood type diets lack supporting evidence: a systematic review. Am J Clin Nutr 2013 98: 1 99-104; First published online May 22, 2013. https://doi:10.3945/ajcn.113.058693

2. Wang, J., García-Bailo, B., Nielsen, D. E., & El-Sohemy, A. (2014). ABO genotype, “Blood-Type” diet and cardiometabolic risk factors. PLoS ONE, 9(1). https://doi.org/10.1371/journal.pone.0084749

Like | Comment | Share | Subscribe

 

Diet ikut Jenis Darah Adakah Betul master latif com md latiff
MD. LATIFF
“BERI TUBUH NUTRISI YANG DIPERLUKAN DAN TUBUH AKAN MEMPERBAIKI DIRINYA SENDIRI DENGAN LEBIH BAIK.”

Tags
Show More

MASTER LATIF

Pemasar online semenjak 2007. Pakar buat blog/website, produk digital dan pakar edit video (teaser, corporate). Aktif memberi khidmat konsultansi berkaitan kesihatan dan nutrisi semenjak 2013. Terlibat membantu lebih 3000 orang peserta untuk kurus dari rumah (online coaching) semenjak 2015. Sumbangan kepada masyarakat : 1. Sponsor coaching untuk buat blog/website bernilai RM500 (terhad untuk 2000 orang sahaja). 2. Sponsor coaching kurus dari rumah bernilai RM250 (untuk 30orang setiap bulan). Kedua-dua program masih dijalankan. Sila contact jika berminat.

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close