HEALTH & FITNESSINFOKANSERNUTRISI & VITAMINPENYAKIT

Soya Kurangkan Risiko Kanser

Soya Kurangkan Risiko Kanser

Soya Kurangkan Risiko Kanser | Apabila menyebut ‘kanser’, pesakit pasti hanya terbayang kematian terutama di kalangan mereka yang disahkan sudah ke tahap lanjutan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi.

soya kurangkan risiko kanser master latif com md latiff

Lebih-lebih lagi, penyakit itu membawa perubahan besar gaya hidup pesakit dan juga memberikan kesan lain termasuk perubahan penampilan, emosi yang tidak menentu dan bebanan kewangan.

Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser.

Malah bukan lagi rahsia, melalui pemakanan yang berasaskan soya ia mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.

Kajian mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

”Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan LcS mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya,” ujar Dr. Toi semasa membentangkan kertas kerja di Simposium kanser payu dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.

Beliau berkata, kajian itu mengkaji hubungkait antara pengambilan minuman yang mengandungi LcS dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara.

Bakteria yang dinamakan (LcS) itu dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya.

Beliau menjelaskan, kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan risiko kanser payu dara.

”Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semulajadi tubuh khususnya aktiviti NK yang boleh menjejaskan kesan perlindungan,” katanya.

Tegasnya, dalam kajian itu seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

”Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

”Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu, berbanding dengan mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu,” kata Dr. Toi.

Like | Comment | Share | Subscribe

 

10 Tanda Awal Anda Mungkin Mengidap Sakit Buah Pinggang master latif com md latiff
MD. LATIFF
“BERI TUBUH NUTRISI YANG DIPERLUKAN DAN TUBUH AKAN MEMPERBAIKI DIRINYA SENDIRI DENGAN LEBIH BAIK.”

Source
Soya Kurangkan Kanser
Tags
Show More

MASTER LATIF

Pemasar online semenjak 2007. Pakar buat blog/website, produk digital dan pakar edit video (teaser, corporate). Aktif memberi khidmat konsultansi berkaitan kesihatan dan nutrisi semenjak 2013. Terlibat membantu lebih 3000 orang peserta untuk kurus dari rumah (online coaching) semenjak 2015. Sumbangan kepada masyarakat : 1. Sponsor coaching untuk buat blog/website bernilai RM500 (terhad untuk 2000 orang sahaja). 2. Sponsor coaching kurus dari rumah bernilai RM250 (untuk 30orang setiap bulan). Kedua-dua program masih dijalankan. Sila contact jika berminat.

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close