HEALTH & FITNESSINFOKANSERNUTRISI & VITAMINPENYAKIT

Soya Penyebab Kanser?

Soya Penyebab Kanser?

Soya Penyebab Kanser | Kontroversi ni sebenarnya masih berlegar-legar di internet semenjak beberapa tahun lepas sehingga post ini dinaikkan.

soya penyebab kanser ? master latif com md latiff

Adakah benar dengan meminum air kacang soya, atau produk berasaskan kacang soya boleh menyebabkan diri anda mendapat kanser terutama kanser payudara?

Majoriti rakyat Malaysia menggemari makanan yang berasaskan kacang soya seperti tempe, tauhu, air soya dan lain-lain.

Tetapi dalam masa yang sama, kita seringkali dimomokkan dengan kenyataan yang mengatakan soya sebagai punca terjadinya kanser khususnya kanser payudara.

Ini kerana soya mengandungi phytoestrogens, iaitu bahan semulajadi yang seakan-akan hormon estrogen.

Oleh kerana hormon estrogen boleh merangsang pembentukan sel-sel kanser, maka ramai yang terus beranggapan demikian. Tetapi sejauh manakah kebenarannya?

“Walaupun dalam ujikaji di makmal, phtoestrogens boleh merangsang sel kanser tetapi dalam kajian klinikal ramai saintis gagal membuktikannya. Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat kanser payudara”. – Dr.Zubaidi

Pada tahun 2009 di China, para saintis telah menjalankan kajian berdasarkan data lebih 5000 orang wanita Cina yang telah didiagnosis dengan kanser payudara dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival, mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat.- The Journal of the American Medical Association

Satu lagi kajian klinikal telah dijalankan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payudara, mendapati pemakanan yang berasakan soya mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payudara di kalangan wanita.

“Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan LcS mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kanser payudaradan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya”. – Dr. Masakazu Toi, Universiti Kyoto.

Berdasarkan kenyataan di atas yang dipetik dalam beberapa laporan, pemakanan produk berasaskan kacang soya bukanlah sebab dan punca terjadinya kanser.

Soya yang diambil secara sederhana dalam diet harian sebagai sumber protein dan kalsium dapat membantu tubuh kita mendapat manfaat kesihatan yang baik. InsyaAllah.

Paling penting haruslah memilih soya yang selamat dengan memilih soya organik dan tidak diubah secara genetik (pilih non-GMO).

Like | Comment | Share | Subscribe

 

soya penyebab kanser master latif com md latiff
MD. LATIFF
“BERI TUBUH NUTRISI YANG DIPERLUKAN DAN TUBUH AKAN MEMPERBAIKI DIRINYA SENDIRI DENGAN LEBIH BAIK.”

Tags
Show More

MASTER LATIF

Pemasar online semenjak 2007. Pakar buat blog/website, produk digital dan pakar edit video (teaser, corporate). Aktif memberi khidmat konsultansi berkaitan kesihatan dan nutrisi semenjak 2013. Terlibat membantu lebih 3000 orang peserta untuk kurus dari rumah (online coaching) semenjak 2015. Sumbangan kepada masyarakat : 1. Sponsor coaching untuk buat blog/website bernilai RM500 (terhad untuk 2000 orang sahaja). 2. Sponsor coaching kurus dari rumah bernilai RM250 (untuk 30orang setiap bulan). Kedua-dua program masih dijalankan. Sila contact jika berminat.

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close